![]() |
| gambar hiasan ihsan Google |
Factory atau kilang.
Abad ini kilang - kilang tumbuh bak cendawan.
Berkembang membiak dengan pesat demi memenuhi permintan pasaran global.
Tak kurang juga dengan factory manusia.
Atau nama komersialnya, sekolah.
Atau nama komersialnya, sekolah.
Factory manusia telah berevolusi sedikit demi sedikit hingga wujud sistem kini.
Institusi ini telah membuat prasyarat khusus,
Jika aku mahu berjaya, aku perlu cemerlang kurikulum,
kokokurikulum atau kedua - duanya
atau gagal dalam hidup.
Waktu sekolah rendah, aku agak kebelakang dalam akademik,
Jadi aku cuba mencebur diri dalam sukan hoki.
Sempat berlawan persahabatan antara sekolah,
aku sedar aku tak punya daya upaya.
Kemudian aku cuba sukan bola baling.
Langsung tak terpilih mewakili sekolah pun.
Jadi pada tahun terakhir sekolah rendah,
aku cuba untuk cemerlang dalam UPSR dan aku berjaya.
Beranjak ke sekolah menengah,
aku seakan sudah boleh menerima corak yang ditetapkan factory manusia ini.
Aku semakin yakin bidang akademik adalah jalan yang benar.
Lantas aku belajar bersungguh - sungguh untuk cemerlang ujian - ujian ciptaan kilang.
Ibarat uji ketahanan produk ciptaan,
aku mahu berada dalam golongan yang lulus hingga ke peringkat pemasaran.
Setelah bertahun - tahun aku masih cuba untuk menembusi pasaran -
Alam pekerjaan. Kilang lebih besar. Kilang lebih nyata.
Aku kini belajar jurusan kejuruteraan.
Mengkaji manual mesin dan mempelajari bahasa komputer.
Jadi kini baru aku mengerti konsep factory manusia ini.
Hanya mesin mampu memahami mesin.

0 comments:
Post a Comment