Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

About me

Sarah
90% heart 10% brain
View my complete profile

Blog

18.7.13

Jangan Lupa Berdiri Semula

0 comments
image by Google
                                     


Di balutan masa, sesak. Terkurung. Tak dapat bergerak.
Masa ini disaat ini kau tak mungkin berlari lagi.

Dahulu lain ceritanya.

Sekarang lain ceritanya.
Dahulu balutan masa tak mencengkam, sekarang ibarat api dalam sekam.

Usah kau khuatir,

Roda masa itu suka berputar.
Kelak cengkamannya pasti teruraikan.

Nah,

Saat itu bertebaranlah, berlarilah.

Sementara dibalutan masa ini,

Jangan kau rebahkan semua, 
Hati.
Jiwa.
Minda.
Jangan sampai kau lupa untuk berdiri semula.





      
Read more

16.7.13

Dunia Baru

0 comments


image by Google




Kata mereka, dunia baru ingin dibina.  

Hapuskan mereka dan mereka!
Mereka tak layak hidup di dunia!
Merosakkan agama dan negara!   


Lalu pencuri dibunuh,
Dan penagih dibunuh,
Dan perasuah dibunuh,
Dan segala pesalah dibunuh,  

Maka demikian ada diantara pesalah tersebut merupakan;
Cucu kepada nenek uzur,
Dan anak kepada ibu buta,
Dan abang kepada adik cacat,  

Ya, dunia sudah aman sekarang,
Bersih dari perbuatan mazmumah .

Justeru selepas ini Tuhan pasti merahmati bumi ini

Nenek uzur pasti sihat nanti,
Ibu buta pasti pulih penglihatannya,
Adik cacat pasti menjadi normal juga.

Bolehlah mereka menyuap mulut sendiri
Metodologi ini memang berkesan
Metodologi 'pembersihan manusia'

Read more

TWO Design by Insight © 2009