Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

About me

Sarah
90% heart 10% brain
View my complete profile

Blog

16.7.13

Dunia Baru



image by Google




Kata mereka, dunia baru ingin dibina.  

Hapuskan mereka dan mereka!
Mereka tak layak hidup di dunia!
Merosakkan agama dan negara!   


Lalu pencuri dibunuh,
Dan penagih dibunuh,
Dan perasuah dibunuh,
Dan segala pesalah dibunuh,  

Maka demikian ada diantara pesalah tersebut merupakan;
Cucu kepada nenek uzur,
Dan anak kepada ibu buta,
Dan abang kepada adik cacat,  

Ya, dunia sudah aman sekarang,
Bersih dari perbuatan mazmumah .

Justeru selepas ini Tuhan pasti merahmati bumi ini

Nenek uzur pasti sihat nanti,
Ibu buta pasti pulih penglihatannya,
Adik cacat pasti menjadi normal juga.

Bolehlah mereka menyuap mulut sendiri
Metodologi ini memang berkesan
Metodologi 'pembersihan manusia'

0 comments:

Post a Comment


TWO Design by Insight © 2009